Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS SMART CITY OLEH MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) KE NAHRIM – 9 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA PENANDA ARAS SMART CITY OLEH MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU (MBJB) KE NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima Lawatan Kerja Penanda Aras Smart City daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari ini. Lawatan kerja ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Fadzil Suhaimi bin Talibin, Ketua Penolong Pengarah Saliran MBJB, bersama delegasi pegawai teknikal MBJB. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta pendedahan am fizikal berkaitan teknologi dan penyelidikan saintifik termaju NAHRIM dalam memperkasakan pembangunan bandar pintar yang mampan.

Sepanjang sesi lawatan, delegasi MBJB telah diberikan pendedahan terperinci mengenai lima bidang penyelidikan utama dan inovasi NAHRIM. Ini merangkumi penyelidikan impak kenaikan aras laut terhadap ketahanan bandar, aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) bagi penentuan kualiti dan kuantiti air sungai, teknologi pintar pemetaan air bawah tanah, serta produk inovasi terkini bagi menangani isu kualiti air. Sesi perbincangan turut meneroka peluang jalinan kerjasama rasmi menerusi cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak NAHRIM dan MBJB.

Program diakhiri dengan lawatan lapangan ke Makmal Hidraulik dan Makmal Kualiti Air NAHRIM bagi melihat secara dekat fasiliti ujian dan simulasi fizikal yang digunakan. Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini menjadi pemangkin penting dalam menyinergikan kepakaran penyelidikan air dengan perancangan bandar pintar, sekali gus menyokong pembinaan infrastruktur bandar raya yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan risiko bencana air pada masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera