Lanjutan daripada lawatan hormat pihak Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) ke NAHRIM pada 8 Jun 2026, satu lawatan tapak susulan telah dilaksanakan oleh pasukan NAHRIM ke kawasan Pantai INSTEP.
Lawatan tapak ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan berkaitan isu hakisan pantai yang sedang berlaku di sekitar kawasan tersebut, di samping mengenal pasti serta merangka langkah-langkah perlindungan pantai yang komprehensif dan lestari.
Sinergi berterusan antara NAHRIM dan INSTEP ini mencerminkan komitmen bersama dalam menerapkan solusi berasaskan sains dan kejuruteraan bagi menangani impak hakisan, demi memelihara keselamatan infrastruktur dan kelestarian alam sekitar pesisir pantai.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir




