Berita&Aktiviti

SESI LIBAT URUS PENYELIDIKAN PENYAHGARAMAN AIR LAUT BERSAMA SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. (SATU) – 10 JUN 2026

Berita&Aktiviti

SESI LIBAT URUS PENYELIDIKAN PENYAHGARAMAN AIR LAUT BERSAMA SYARIKAT AIR TERENGGANU SDN. BHD. (SATU)

Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) NAHRIM telah mengadakan Sesi Libat Urus Penyelidikan Penyahgaraman Air Laut bersama Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) pada 10 Jun 2026. Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Gerakan SATU, Ibu Pejabat SATU Kuala Terengganu dan dipengerusikan oleh Ts. Ahmad Zaki Najmuddin, Ketua Seksyen Projek dan Kontrak. Inisiatif ini bertujuan mendapatkan pandangan awal mengenai potensi teknologi tersebut sebagai sumber air bersih alternatif bagi kegunaan domestik dan komersial khususnya pengusaha premis peranginan di Pulau Redang. Selain itu, sesi ini juga merupakan platform untuk mengumpul maklumat asas pembekalan air serta menilai unjuran permintaan tambahan bagi menampung keperluan sedia ada di pulau berkenaan.

Sesi dimulakan dengan pengenalan profil NAHRIM sebagai sebuah agensi penyelidikan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang berfokus kepada bidang air dan persekitarannya. Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak SATU secara dasarnya menyatakan sokongan dan tiada halangan bagi NAHRIM untuk melaksanakan penyelidikan ini di Pulau Redang.

 

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera