Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA PETRA DAN NAHRIM KE TM KLANG VALLEY DATA CENTER (KVDC) – 9 DISEMBER 2025

Berita&Aktiviti

LAWATAN KERJA PETRA DAN NAHRIM KE TM KLANG VALLEY DATA CENTER (KVDC) - 9 DISEMBER 2025

9 Disember 2025 | Lawatan Kerja PETRA dan NAHRIM ke TM Klang Valley Data Center (KVDC)

Satu sesi taklimat dan lawatan kerja ke TM Klang Valley Data Center (KVDC) telah diadakan sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan portal dan pelaksanaan Hab Air Kebangsaan, yang seterusnya akan diperluas sebagai Hab Air Serantau.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir bin E.M Yahaya, Ketua Pengarah NAHRIM.

Lawatan ini membolehkan PETRA dan NAHRIM menilai keupayaan infrastruktur digital, kedaulatan data dan penyelesaian teknologi yang disediakan oleh TM bagi menyokong pembangunan portal sebagai one-stop-center data dan maklumat sektor air negara.

Perbincangan bersama pihak TM turut memberi tumpuan kepada keperluan teknikal, potensi integrasi data serta hala tuju kerjasama strategik dalam membangunkan platform yang akan menyelaras data air di peringkat nasional sebelum diperluaskan ke peringkat serantau.

Secara keseluruhan, lawatan ini berjaya memperkukuh perancangan dan kerjasama antara NAHRIM, PETRA dan TM ke arah merealisasikan aspirasi Hab Air Kebangsaan dan Hab Air Serantau.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

profile penyelidikan
oacp