Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (PROJECT IMPLEMENTATION UNIT – PIU) MALAYSIA NATIONAL ADAPTATION PLAN (MYNAP) BIL. 3/2025 – 9 DISEMBER 2025

Berita&Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA (PROJECT IMPLEMENTATION UNIT – PIU) MALAYSIA NATIONAL ADAPTATION PLAN (MYNAP) BIL. 3/2025 - 9 DISEMBER 2025

9 DISEMBER 2025 | NAHRIM telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (Project Implementation Unit – PIU) Malaysia National Adaptation Plan (MyNAP) Bil. 3/2025 yang berlangsung di Mercure Living, Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan En Ahmad Farid bin Mohammed, SUB Bahagian Perubahan Iklim, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bagi membincangkan kemajuan pelaksanaan projek MyNAP serta menyelaras tindakan susulan berkaitan adaptasi perubahan iklim di peringkat kementerian dan agensi pelaksana.

Sesi ini turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara utama, termasuk:

  • Pengesahan minit mesyuarat dan status tindakan berbangkit,
  • Pembentangan perkembangan projek operasi dan perbelanjaan oleh GIZ dan agensi pelaksana,
  • Halatuju libat urus bersama Technical Working Group (TWG) MyNAP,
  • Akses kepada data unjuran hidroiklim berkaitan MyNAP
  • Penyelarasan pelan kerja dan garis masa pelaksanaan bagi tahun 2025–2026.

Selain itu, mesyuarat turut membincangkan cabaran pelaksanaan projek dari sudut teknikal, pentadbiran dan undang-undang, termasuk penambahbaikan dalam pengurusan geran serta kerjasama antara NAHRIM, GIZ dan rakan pelaksana lain.

Penyertaan NAHRIM dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan institusi dalam memperkukuh agenda adaptasi perubahan iklim negara, selaras dengan aspirasi MyNAP dan keutamaan nasional dalam membangun ketahanan iklim jangka panjang.

Satu langkah penting ke arah menyelaras usaha adaptasi iklim secara lebih strategik dan bersepadu di Malaysia.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

profile penyelidikan
oacp