KENYATAAN SEBUT HARGA NO.: NAHRIM/SH/41/2022(M)
KERJA MEMBINA, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM (TUAIHUJAN) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB II, KOTA BHARU, KELANTAN.
1. Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G3: Kategori CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam), pengkhususan CE21 dan ME (M15).
2. Sesalinan Sijil Pendaftaran yang sah laku dan cop syarikat hendaklah dibawa bersama semasa taklimat dan lawatan tapak.
3. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel. Sila emelkan permohonan kepada Urusetia Perolehan, stevie.sebol[at]nahrim.gov.my atau natrah[at]nahrim.gov.my mulai 7 Jun 2022 (Selasa) hingga 14 Jun 2022 (Selasa).
4. Taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN.
5. Pemilik Syarikat atau wakil lantikan syarikat berserta dengan surat wakil dari syarikat sahaja yang
layak untuk hadiri taklimat dan lawatan tapak.
6. Tempat taklimat seperti berikut:
Tarikh : 7 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 3, Blok ACC, Hospital Raja Perempuan Zainab ll Kota Bharu, Kelantan
7. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama: EN. MOHD AZUAN BIN SAHAK
No. telefon: 03-8947 6400
Emel: mohdazuan[at]nahrim.gov.my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama: EN. STEVIE SEBOL @ MUHAMMAD ARIF SEBOL ABDULLAH
No. telefon: 03-8947 6400
Emel: stevie.sebol@nahrim.gov.my
8. Sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada 14 Jun 2022 (Selasa) TIDAK LEWAT jam 12.00 Tengahari dan dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.