Berita&Aktiviti

KERJA MEMBINA, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM (TUAIHUJAN) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KLINIK DESA PULAU SIBU, MERSING, HOSPITAL PERMAI, JOHOR BAHRU DAN UNIT KEJURUTERAAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR, JOHOR BAHRU, JOHOR.

Berita&Aktiviti

KENYATAAN SEBUT HARGA NO.: NAHRIM/SH/42/2022(M)
KERJA MEMBINA, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN NAHRIM (TUAIHUJAN) DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI KLINIK DESA PULAU SIBU, MERSING, HOSPITAL PERMAI, JOHOR BAHRU DAN UNIT KEJURUTERAAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR, JOHOR BAHRU, JOHOR.

1. Sebut harga adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di bawah Gred G3: Kategori CE (Pembinaan Kejuruteraan Awam), pengkhususan CE21 dan ME (M15).

2. Sesalinan Sijil Pendaftaran yang sah laku dan cop syarikat hendaklah dibawa bersama semasa taklimat dan lawatan tapak.

3. Dokumen Sebut Harga boleh diperolehi melalui emel. Sila emelkan permohonan kepada Urusetia Perolehan, stevie.sebol[at]nahrim.gov.my atau natra[at]nahrim.gov.my mulai 9 Jun 2022 (Khamis) hingga 15 Jun 2022 (Rabu).

4. Taklimat dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN.

5. Pemilik Syarikat atau wakil lantikan syarikat berserta dengan surat wakil dari syarikat sahaja yang
layak untuk hadiri taklimat dan lawatan tapak.

6. Tempat taklimat seperti berikut:
Tarikh     : 9 Jun 2022 (Khamis)
                   Masa       : 9.30 Pagi
                   Tempat   : Unit Kejuruteraan JKN Johor, JKR 957, Jalan Persiaran Permai 81200 Johor Bharu, Johor

7. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama: EN. MOHD AZUAN BIN SAHAK
No. telefon: 03-8947 6400
Emel: mohdazuan@nahrim.gov.my

b) Pertanyaan Tawaran
Nama: EN. STEVIE SEBOL @ MUHAMMAD ARIF SEBOL ABDULLAH
No. telefon: 03-8947 6400
Emel: stevie.sebol@nahrim.gov.my

8. Sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada 15 Jun 2022 (Rabu) TIDAK LEWAT jam 12.00 Tengahari dan dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

profile penyelidikan
oacp