KENYATAAN SEBUT HARGA: NAHRIM/SH/22(a)2022
PEMBANGUNAN KEBERKESANAN PERALATAN BAGI PEMANTAUAN KEGUNAAN DAN PENJIMATAN AIR HUJAN DI INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
1. Tawaran Sebut Harga ini adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) dan tempoh pendaftarannya masih berkuat kuasa di bawah kod bidang seperti berikut:
10 – Perkhidmatan
01 – Percetakan (Dikhaskan kepada 100% syarikat Bumiputera)
01 – Rekabentuk Percetakan (Printing Design)
dan
14 – Perkhidmatan
05 – Editorial, Rekabentuk Grafik, Seni Halus dan Harta Intelek
02 – Penterjemahan
dan
22 – Perkhidmatan
11 – Editorial, Rekabentuk Grafik, Seni Halus dan Harta Intelek
10 – Penterjemahan
2. Penyebut Harga hendaklah ePerolehan on board dalam bidang berkaitan bagi perolehan berikut:
PEMBANGUNAN KEBERKESANAN PERALATAN BAGI PEMANTAUAN KEGUNAAN DAN PENJIMATAN AIR HUJAN DI INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
NO. SEBUT HARGA : QT220000000018767
TARIKH LANCAR IKLAN : 30 MEI 2022
TARIKH TUTUP IKLAN : 06 JUN 2022
3. Sebut Harga ini dilaksanakan melalui sistem e-Perolehan (eP) secara atas talian sepenuhnya. Pembekal-Pembekal yang ingin menyertai sebut harga ini MESTILAH berstatus eP-enabled (mempunyai ID log masuk dan Sijil Digital yang telah diaktifkan).
4. Tawaran sebut harga tidak akan dipertimbangkan sekiranya:
(a) Pembekal LEWAT menyerahkan tawaran sebut harga dengan lengkap dalam
sistem e-Perolehan; atau
(b) Pembekal GAGAL memuatnaik dokumen wajib dengan lengkap ke dalam sistem e-Perolehan;
5. Tempoh kenyataan tawaran sebut harga ini adalah tujuh (7) hari kalendar bermula pada 30 Mei 2022 (Isnin) dan tarikh tutup sebut harga adalah pada 06 Jun 2022 (Isnin).
6. Iklan sebut harga ini juga boleh dirujuk di portal rasmi Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) http://www.nahrim.gov.my, e-Perolehan dan MyPROCUREMENT. Pembekal dinasihatkan untuk sentiasa melayari portal rasmi yang dinyatakan bagi mendapatkan maklumat mengenai arahan-arahan terkini atau pindaan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
7. Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal hendaklah dikunci masuk (key in) ke dalam Sistem eP sebelum atau pada 12.00 tengahari pada tarikh tutup sebut harga iaitu 06 Jun 2022 (Isnin) dan sebarang cadangan sebut harga dikemukakan selepas jam 12.00 tengah hari tidak akan dipertimbangkan.
8. Sila ambil maklum bahawa pihak Kerajaan dan NAHRIM berhak untuk membatalkan sebut harga ini pada bila- bila masa sekiranya perlu dan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga. Sebarang kos yang ditanggung oleh pihak penyebut harga kerana urusan sebut harga adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak penyebut harga.
9. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Ir. Marini binti Mohamad Ideris
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6422
Emel : marini[at]nahrim.gov.my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Encik Stevie Sebol @ Muhammad Arif Sebol Abdullah
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6403
Emel : stevie.sebol[at]nahrim.gov.my
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah[at]nahrim.gov.my