Berita&Aktiviti

BENGKEL PENCEMARAN SISA MARIN (MARINE LITTER) 2026: PENYERAGAMAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PEMANTAUAN – 26 HINGGA 27 OGOS 2026

Berita&Aktiviti

BENGKEL PENCEMARAN SISA MARIN (MARINE LITTER) 2026: PENYERAGAMAN KAEDAH PENGUKURAN DAN PEMANTAUAN

NAHRIM yang diwakili oleh ChM. Nor Salmi Abdullah (Makmal Kualiti Air) dan Ts. Noor Shahida Rosli (Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi) telah menghadiri Bengkel Pencemaran Sisa Marin (Marine Litter) 2026: Penyeragaman Kaedah Pengukuran dan Pemantauan bermula pada 26 hingga 27 Ogos 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bengkel anjuran Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini bertujuan menyeragamkan kaedah pengukuran dan pemantauan data sisa marin supaya lebih konsisten, tepat, dan boleh dibandingkan untuk menyokong pengurusan pencemaran laut negara.

Turut hadir bagi memperkukuh kerjasama rentas agensi dan institusi ialah YBrs. Dr. Pubadi Govindasamy (Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar, NRES), YBhg. Prof. Dr. Wan Izatul Asma binti Wan Talaat (Ketua Pusat Tadbir Urus Lautan, INOS UMT), serta YBrs. Tuan Azlan bin Jamil (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia). Usaha ini dijangka memantapkan lagi pengurusan kualiti data demi kelestarian ekosistem laut negara.

 

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera