Berita&Aktiviti

SESI SEMAKAN LUKISAN REKA BENTUK BERSAMA KONTRAKTOR BAGI PROJEK TRANSFORMASI SISTEM BEKALAN AIR BERSIH MENGGUNAKAN KAEDAH PENYAHGARAMAN AIR MARIN UNTUK POS KESELAMATAN, KAWASAN LUAR BANDAR DAN PULAU TERPENCIL SERTA KOMUNITI, SABAH – 27 OGOS 2026

Berita&Aktiviti

SESI SEMAKAN LUKISAN REKA BENTUK BERSAMA KONTRAKTOR BAGI PROJEK TRANSFORMASI SISTEM BEKALAN AIR BERSIH MENGGUNAKAN KAEDAH PENYAHGARAMAN AIR MARIN UNTUK POS KESELAMATAN, KAWASAN LUAR BANDAR DAN PULAU TERPENCIL SERTA KOMUNITI, SABAH

Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengadakan Sesi Semakan Lukisan Reka Bentuk bersama pihak kontraktor bagi pelaksanaan Projek Transformasi Bekalan Air Bersih Menggunakan Kaedah Penyahgaraman Air Marin untuk Pos Keselamatan, Kawasan Luar Bandar, Pulau Terpencil dan Komuniti di Sabah pada 27 Ogos 2026 di Bilik Mesyuarat PKPO.

Sesi perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Suriyani Awang, Pengarah PKPO. Turut hadir ialah pasukan kajian beserta wakil daripada Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), iaitu Ir. Icahri Hj. Chatta dan En. Muhammad Faiz Mohamad Jaafar, bagi memberikan ulasan dan pandangan teknikal aspek elektrikal dan mekanikal.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera