Bengkel selama dua hari yang diadakan pada 14 hingga 15 April 2026 di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya telah dihadiri oleh seramai 60 peserta. Bengkel ini telah berjaya melibatkan sebanyak 46 agensi, iaitu 15 agensi Kerajaan Persekutuan, 17 agensi Kerajaan Negeri, 8 agensi Perbadanan/Badan Berkanun/GLC, 1 agensi Pihak Berkuasa Tempatan, dan 4 agensi daripada sektor swasta.
Sesi penggulungan bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air & Alam Sekitar (PKKAAS), Gs. Hj. Khairul Anam Musa, manakala perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E. M. Yahaya. Sebanyak 12 sesi pembentangan telah disampaikan oleh tiga orang pembentang, terdiri daripada pegawai PKKAAS dan Pusat Kajian Hidrogeologi (PKH), iaitu Ts. Mohd Fadhil Kasim, Pn. Nor Sahidah Jamaludin, dan Dr. Zati binti Sharip.
Secara keseluruhannya, intipati utama daripada sesi soal jawab bengkel ini telah membantu dalam pemurnian dan pengukuhan pemuktamadan Garis Panduan Pemasangan Panel Solar Terapung melalui input menyeluruh daripada setiap agensi kawal selia, teknikal, utiliti, kesihatan, sumber air, dan industri yang terlibat. Perbincangan telah tertumpu kepada pematuhan alam sekitar, kualiti air, keselamatan awam, aspek teknikal pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, kesesuaian takungan pelbagai guna, serta penyelarasan dasar dan tadbir urus antara agensi. Rangkuman ini memastikan garis panduan akhir yang akan dihasilkan adalah lebih praktikal, komprehensif, dan sesuai diguna pakai di peringkat nasional
Disediakan Oleh: PKKAAS
#workshop #floatingsolar #solar #lake #waterreservoir
#pusatkajiankualitiairdanalamsekitar
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia




