𝟏𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | NAHRIM amat berbesar hati menerima lawatan akademik daripada delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang telah bermula pada jam 10.00 pagi tadi.
Bagi memberi pendedahan menyeluruh mengenai inisiatif kelestarian air negara, pengisian program hari ini merangkumi:
Sesi taklimat dan pembentangan interaktif bertempat di Auditorium NAHRIM.
Lawatan tapak ke fasiliti Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).
Tinjauan inovasi ke fasiliti Sistem Air Hibrid NAHRIM.
Terima kasih kepada delegasi UNITEN kerana sudi berkunjung ke institut kami. Semoga perkongsian ilmu dan pendedahan teknologi ini memberi manfaat yang besar serta menyuntik inspirasi kepada barisan pemimpin masa hadapan!
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia




