Berita&Aktiviti

14TH MICROBIOLOGY WORKSHOP: BIOCHEMICAL & MOLECULAR IDENTIFICATION OF BACTERIA AND FUNGI – 12 HINGGA 14 OGOS 2026

Berita&Aktiviti

14TH MICROBIOLOGY WORKSHOP: BIOCHEMICAL & MOLECULAR IDENTIFICATION OF BACTERIA AND FUNGI

14th Microbiology Workshop: Biochemical & Molecular Identification of Bacteria and Fungi telah berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos 2026 di Fakulti Bioteknologi and Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bengkel ini menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang mikrobiologi, khususnya dalam pengenalpastian bakteria dan fungi melalui pendekatan biokimia dan molekul. Dr. Azlinda binti Ibrahim dari Makmal Kualiti Air (MKA) NAHRIM berpeluang mengikuti sesi teori dan amali yang merangkumi pemerhatian mikroskopi, analisis biokimia, pengekstrakan DNA genomik, PCR bagi gen 16S rRNA dan ITS, gel electrophoresis serta analisis bioinformatik seperti BLAST, primer design, phylogenetic analysis dan NCBI submission.

Penyertaan dalam bengkel ini turut memberikan peluang memperkukuh kompetensi teknikal serta meningkatkan keupayaan dalam aplikasi teknik molekul dan bioinformatik bagi menyokong kerja-kerja penyelidikan dan analisis mikrobiologi di MKA. Ianya selaras dengan komitmen NAHRIM dalam memperkasa kepakaran dan kecemerlangan analitikal bagi menyokong penyelidikan serta pemantauan kualiti air negara.

 

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera