Berita&Aktiviti

PERSAMPELAN AIR TASIK DAN CERAPAN DATA PROFILING KUALITI AIR IN-SITU, TAMAN TASIK METROPOLITAN, KEPONG, KUALA LUMPUR – 12 SEHINGGA 13 OGOS 2026

Berita&Aktiviti

PERSAMPELAN AIR TASIK DAN CERAPAN DATA PROFILING KUALITI AIR IN-SITU, TAMAN TASIK METROPOLITAN, KEPONG, KUALA LUMPUR

Kerja-kerja persampelan air tasik dan cerapan data profiling kualiti air secara in-situ selama 24 jam telah dilaksanakan di Taman Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur pada 12 hingga 13 Ogos 2026 di bawah Projek Perintis Peningkatan Kualiti Air menggunakan Teknologi Multifunctional Water Purification Device (MWPD) di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur. Aktiviti ini melibatkan seramai 11 orang pegawai NAHRIM daripada 2 Pusat Kajian, iaitu Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar (PKKAAS) serta Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim (PKSA), dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ORS Technologies Sdn. Bhd.

Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur mengalami tahap eutrofikasi (eutrophication) atau penularan alga (algae bloom) yang serius. Kerja-kerja persampelan dan cerapan ini merupakan kajian awalan bagi mengenal pasti tahap kualiti air tasik awalan (initial condition) sebelum penempatan alat inovasi pelbagai fungsi bagi rawatan dan peningkatan kualiti air tasik menggunakan MWPD. Sebanyak 4 lokasi persampelan telah dikenal pasti di dalam kawasan tasik bagi tujuan cerapan data secara in-situ dan pengambilan sampel air untuk analisis di makmal. Parameter kualiti air yang dikaji termasuk oksigen terlarut, klorofil-a, pH, suhu, kedalaman Secchi, Biochemical Oxygen Demand (BOD), Chemical Oxygen Demand (COD), nutrien dan sebagainya.

Data kualiti air yang dicerap membolehkan penilaian dibuat sebelum, semasa dan selepas pemasangan MWPD bagi mengenal pasti keberkesanan peralatan tersebut dalam peningkatan kualtii air di Tasik Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur. Kajian ini akan dijalankan selama 6 bulan bagi memantau perubahan status kualiti air dalam peningkatan kualiti air menggunkana teknoligi MWPD di tasik tersebut.

 

#KualitiAir

#Tasik

#Profiling

#InSitu

#MultifunctionWaterPurificationDevice

#RawatanAir

#PembersihanAir

#PemantauanKualitiAir

#inovasirawatanairsisa

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera