Sidang Kemuncak Kejuruteraan Sedunia (WES) yang bertemakan ” Penyelesaian Inovatif dan Mampan kepada Perubahan Iklim” telah diadakan bersempena dengan Perhimpunan Agung Persekutuan Dunia Organisasi Kejuruteraan (WFEO) pada bulan September 2013 di Singapura. Sidang Kemuncak ini membolehkan Jurutera dari pelbagai disiplin kepakaran untuk berkumpul dan berkongsi penyelesaian inovatif dan mesra alam serta amalan-amalan terbaik yang diambil kira dari seluruh dunia.
Ir. Dr. Teo Fang Yenn dari Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menghadiri Sidang Kemuncak ini dan membentangkan kertas penyelidikan untuk berkongsi sebahagian pengalaman di Malaysia yang berkaitan dengan kesan-kesan perubahan iklim kepada kejadian banjir. Kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut: Liew Y.S., and Teo F.Y. (2013). Impacts of climate change on flooding scenario in Segamat River Basin, Malaysia, Proceedings of World Engineers’ Summit 2013, Singapore, 1-6.
Liew Y.S., and Teo F.Y. (2013). Impacts of climate change on flooding scenario in Segamat River Basin, Malaysia, Proceedings of World Engineers’ Summit 2013, Singapore, 1-6.