Berita&Aktiviti

SESI PERBINCANGAN KEMAJUAN PEROLEHAN PEMETAAN POTENSI TENAGA HIDRO NEGERI SELANGOR BERSAMA PAKAR UKM – 9 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

SESI PERBINCANGAN KEMAJUAN PEROLEHAN PEMETAAN POTENSI TENAGA HIDRO NEGERI SELANGOR BERSAMA PAKAR UKM

Satu sesi perbincangan kemajuan bagi perolehan Perkhidmatan Ikhtisas Penyediaan Analisis dan Laporan Data Iklim dan Geospatial Bagi Pemetaan Potensi Tenaga Hidro di Negeri Selangor telah diadakan pada hari ini. Pertemuan strategik ini dihadiri oleh YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM (Menanggung Tugas Ketua Pengarah) bersama Pegawai Penyelidik, Encik Syazwan dari Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS), serta barisan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesi ini memfokuskan kepada penelitian kemajuan analisis data iklim dan geospatial yang menjadi teras penting dalam memetakan potensi sumber tenaga hidro di negeri Selangor. Perbincangan teknikal ini telah dijayakan bersama Prof. Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud, Profesor dalam bidang Aplikasi Teknologi Geospatial di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM selaku Ketua Penyelidik, serta Prof. Madya Dr. Liew Ju Neng, Ketua Pusat Sistem Perubahan Iklim Tropika, Institut Perubahan Iklim UKM. Gabungan kepakaran ini amat kritikal bagi memastikan laporan data yang dihasilkan adalah tepat, menyeluruh, dan berdaya maju.

Secara keseluruhannya, jalinan kerjasama antara NAHRIM dan pakar akademik dari UKM ini mencerminkan komitmen jitu agensi dalam memacu penyelidikan berasaskan sains dan teknologi tinggi. Hasil pemetaan potensi tenaga hidro ini dijangka bakal memberikan impak signifikan dalam menyokong agenda peralihan tenaga hijau dan pembangunan mampan, khususnya bagi negeri Selangor dan negara amnya.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera