Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK PENOLONG PEGAWAI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KE NAHRIM – 7 JULAI 2026

Berita&Aktiviti

LAWATAN AKADEMIK PENOLONG PEGAWAI SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) KE NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima kunjungan delegasi menerusi satu lawatan akademik daripada barisan Penolong Pegawai Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kunjungan ini telah disambut baik oleh para pegawai agensi bertempat di Ibu Pejabat NAHRIM bagi memupuk perkongsian ilmu serta memperkukuh hubungan dua hala antara institusi akademik dan agensi penyelidikan negara.

Sesi dimulakan dengan taklimat pembentangan korporat NAHRIM yang disampaikan oleh Ir. Ts. Dr. Ahmad Hadi dari Bahagian Perancangan Korporat bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai fungsi dan peranan agensi. Agenda diteruskan lagi dengan pembentangan teknikal mengenai pengurusan bahan sisa terjadual yang disampaikan oleh Dr. Anuar dari Makmal Kualiti Air (MKA), yang memberikan pendedahan penting mengenai tatacara pengendalian sisa secara selamat dan sistematik.

Selesai sesi pembentangan, para peserta delegasi UPM telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama dan makmal penyelidikan NAHRIM. Lawatan berpandu ini merangkumi lawatan ke Makmal Kualiti Air (MKA), diikuti dengan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), serta berakhir di Inkubator Pemprosesan Air Hujan. Secara keseluruhannya, lawatan ini berjaya menjadi platform pertukaran kepakaran teknikal yang amat bermanfaat dalam usaha memandu inovasi sains serta kelestarian pengurusan sumber air pada masa hadapan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera