SESI LIBAT URUS MAYA: INDEKS ADAPTASI MALAYSIA (MAIN) UNTUK DASAR IKLIM SARAWAK
13 Mac 2026 | Penyelidik dari Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim NAHRIM telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik secara maya bersama pihak perunding kelestarian, Chemsain.
Fokus utama perbincangan ini adalah untuk memperhalusi komponen adaptasi bagi kajian Dasar Perubahan Iklim Sarawak (Sarawak Climate Change Policy) yang diterajui oleh Kementerian Sumber Asli & Pembangunan Bandar Sarawak (MUDENR).
Menerusi sesi ini, NAHRIM berkongsi kepakaran mengenai projek Big Data Analytics (BDA): Malaysia Adaptation Index (MAIN). MAIN merupakan instrumen penting yang dibangunkan untuk menilai tahap kerentanan (vulnerability) dan kesediaan (readiness) setiap negeri di Malaysia dalam menghadapi impak perubahan iklim.
Bagi memastikan penilaian yang lebih jitu untuk negeri Sarawak, perbincangan turut menumpukan kepada penyelesaian jurang data (data gaps) negeri tersebut, yang merangkumi:
Infrastruktur Air: Menyelaras rekod operasi pengurusan air negeri seperti Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) dan kapasiti Loji Rawatan Air.
Kesediaan Kos Pemulihan: Melengkapkan data peruntukan belanjawan pengurusan dan pemulihan bencana Kerajaan Negeri Sarawak.
Bajet Pendidikan: Mendapatkan perincian data peruntukan sektor pendidikan khusus daripada dana negeri.
Sinergi dan perkongsian data yang tepat amat penting bagi membantu penggubal dasar merangka pelan tindakan iklim yang lebih holistik.
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia