Seminar Pendekatan Total Maximum Daily Load (TMDL) dan Pengalaman Pelaksanaan dalam Pengurusan Kualiti Air Sungai di Korea Selatan sedang berlangsung di Auditorium NAHRIM pada pagi ini. Seminar tersebut disempurnakn oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air), PETRA bersama YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin EM Yahaya, Ketua Pengarah NAHRIM, seterusnya sesi perkongsian telah disampaikan oleh Professor Dr. Hyunook Kim, University of Seoul, Korea Selatan. Seminar telah dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi persekutuan serta negeri, akademik dan industri dalam sektor sumber dan bekalan air Negara.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia






