NAHRIM berbesar hati menerima Kunjungan Hormat dari Kementerian Sumber Air, Republik Rakyat China pada pagi ini. Program ini merupakan sebahagian agenda dari Lawatan Kerja Rasmi Delegasi China ke Malaysia yang bertujuan untuk persediaan persidangan Joint Steering Committee (JSC) pada tahun 2026 seterusnya membincangkan cabaran pengurusan dan penyelidikan sumber serta bekalan air, pembetungan termasuk pengurusan empangan dan banjir di kedua-dua pihak. Sesi perbincangan dipengerusikan oleh YBrs. En Ismail bin Tawnie, P.Geol; pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi serta dihadiri oleh pegawai-pegawai PK/B/M. Tentatif program turut melibatkan sesi lawatan ke fasiliti penyelidikan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi serta ISPAH NAHRIM. Turut hadir adalah En Mursyidul Syafik bersama pegawai Bahagian Sumber Air (BSA), PETRA.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir






