Berita&Aktiviti

SEMINAR NILAI EKONOMI DAN GRID AIR ANJURAN NAHRIM – 17 OGOS 2026

Berita&Aktiviti

SEMINAR NILAI EKONOMI DAN GRID AIR ANJURAN NAHRIM

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Seminar Nilai Ekonomi dan Grid Air pada 17 Ogos 2026 bertempat di Auditorium NAHRIM, Seri Kembangan, Selangor. Seminar ini menjadi wadah perkongsian ilmu dan kepakaran berkaitan nilai ekonomi sumber air serta pembangunan Grid Air dalam usaha memperkukuh pengurusan sumber air negara. Seminar ini juga menghimpunkan 72 peserta daripada kementerian, agensi kerajaan, agensi swasta, pihak berkuasa tempatan serta pelbagai pihak berkepentingan.

Sesi pembukaan dan perasmian seminar telah disampaikan oleh Ir. Dr. Ts. Gs. Safari Mat Desa, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM yang menjalankan tugas Ketua Pengarah.

Sebanyak lima pembentangan utama telah disampaikan oleh pakar dan wakil daripada pelbagai agensi. Pembentangan bertajuk “Pelaksanaan AIR 2040 dan ‘Grid Air Pintar’” telah disampaikan oleh Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Seterusnya, Profesor Dr. Mahendhiran Sanggaran Nair, Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) membentangkan tajuk “AIR 2040: Air sebagai Sektor Ekonomi (WES)”.

Seminar turut menampilkan pembentangan “Dasar Air Negara: Fokus, Strategi dan Inisiatif Pelaksanaan ke Arah Transformasi Pengurusan Air Negara” oleh Seetha Bhai A/P Kalimuthu daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Pembentangan mengenai “Pembiayaan Alternatif Air” pula telah disampaikan oleh Dr. Shahrul Azman bin Abd. Razak, Pengarah Unit Dasar, Seksyen Dasar dan Perancangan Strategik, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri. Pembentangan terakhir bertajuk “Penyelidikan Ekonomi dan Nilai Air” telah disampaikan oleh Ts. Dr. Zati Binti Sharip daripada NAHRIM.

Penganjuran seminar ini memberikan nilai tambah kepada NAHRIM melalui perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam bidang Ekonomi Air dan Grid Air. Pada masa yang sama, seminar ini turut memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kementerian, agensi kerajaan, institusi akademik dan penyelidikan serta pihak berkepentingan dalam usaha memacu pengurusan sumber air negara yang lebih bersepadu, mampan dan berdaya tahan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera