NAMA PROJEK : KAJIAN R&D PENYELAKUAN (SIMULATION) OMBAK BESAR / KESAN TSUNAMI
KOD PROJEK : P23 17000 012 0000
PENGENALAN
26 Disember 2004, satu gempa bumi berukuran 9 skala ricter telah melanda sebelah utara Sumatra. Gempa ini diikuti oleh beberapa siri gempa yang lain (after shock) dalam masa 4-10 jam ke arah Pulau Andaman dan Nicobar Bangal. Punca gempa yang berlaku di kawasan lautan tersebut telah menghasilkan ombak besar Tsunami berukuran di antara 6-10 meter tinggi. Ombak besar ini sampai ke pantai di utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh kurang dari 2 jam dan menenggelamkan kawasan di persisiran pantai Pulau Pinang, Kedah , Perak dan Selangor. Secara keseluruhan bencana ini telah meragut lebih 130 ribu orang di sekitar India Pasifik yang mengakibatkan kemusnahan harta benda melebihi 200 juta. Di Malaysia khususnya kejadian ini meragut lebih kurang 80 orang dan kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM 100juta. Kesan Tsunami telah membawa banyak impak dari segi perubahan arus, ombak dan morfologi pantai. Kawasan bakau, merupakan antara penahan ombak semula jadi yang wujud dalam mengurangkan impak tsunami di kawasan persisir pantai. Banyak kawasan lagi memerlukan permodalan numerikal bagi pembinaan struktur pembinaan pemecah ombak serta kawasan yang sesuai untuk penanaman bakau bagi kawasan yang kritikal dan terbuka kepada ancaman sekiranya berlaku lagi peristiwa Tsunami lagi. Ini memerlukan pengumpulan data ombak, arus dan bathymetri secara berterusan disamping menambahkan lagi pangkalan data NAHRIM supaya membantu untuk perbandingan di masa depan kelak.
OBJEKTIF:
- Menilai impak kejadian tsunami terhadap kawasan persisiran pantai negara.
- Menilai kesan kawasan bakau selaku penahan ombak daripada ombak besar tsunami.
- Menghasilkan peta-peta risiko kawasan yang dijangka mengalami tsunami.
- Sistem pangkalan data Tsunami.
OUTPUT:
- Menghasilkan sebuah model simulasi untuk menjalankan ramalan kesan tsunami ke atas persisir pantai negara.
- Mengenalpasti kawasan-kawasan yang akan mengalami kerosakan tsunami dan kawasan yang berisiko mengalami impak maksimum tsunami.
- Cadangan kawasan penanaman semula hutan bakau bagi kawasan yang berisiko tinggi terhadap impak tsunami.
- Cadangan terhadap kaedah-kaedah pelindungan serta mengesyorkan kaedah pemulihan yang terbaik.
- Memberikan satu sistem amaran awal kepada orang awam sebelum kejadian tsunami melanda persisir pantai.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHERA,
BOLEH SAYA MENDAPATKAN DATA OUTPUT BAGI KAJIAN INI.
NAMA PROJEK : KAJIAN R&D PENYELAKUAN (SIMULATION) OMBAK BESAR / KESAN TSUNAMI
KOD PROJEK : P23 17000 012 0000