Berita&Aktiviti

PROGRAM OUTREACH KENAIKAN ARAS LAUT DAN DINAMIK GEOMORFOLOGI PANTAI MALAYSIA: DARIPADA PENYELIDIKAN KE TINDAKAN ADAPTASI – 20 NOVEMBER 2025

Berita&Aktiviti

20 NOVEMBER 2025 | PROGRAM OUTREACH KENAIKAN ARAS LAUT DAN DINAMIK GEOMORFOLOGI PANTAI MALAYSIA: DARIPADA PENYELIDIKAN KE TINDAKAN ADAPTASI
Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) NAHRIM dengan kerjasama Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Program Outreach Kenaikan Aras Laut dan Dinamik Geomorfologi Pantai Malaysia: Daripada Penyelidikan ke Tindakan Adaptasi pada 20 November 2025 bertempat di Galeri Penyelidikan INOS. Program telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Zainudin Bachok, Pengarah INOS.
Program ini merupakan platform memperkukuh kefahaman dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, khususnya impak kenaikan aras laut dan perubahan morfologi pesisir pantai. Ia juga merupakan medium mengeratkan jalinan kerjasama antara rakan-rakan strategik terdiri daripada pakar dan penyelidik dari pelbagai agensi teknikal, pembuat dasar serta komuniti setempat. Seramai 80 orang peserta telah menyertai program ini terdiri daripada pelbagai wakil Jabatan/agensi, pensyarah, penyelidik dan pelajar universiti. Sejumlah 8 tajuk pembentangan telah disampaikan oleh pegawai dari JPS, PLANMalaysia dan UMT.

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Yang Berusaha Ts. Saiful Bahri Hamzah, Pengarah PKPO NAHRIM. Harapan agar wacana seumpama ini mampu mengukuhkan kapasiti semua pihak dalam merangka strategi adaptasi yang lebih proaktif, holistik dan bersesuaian dengan cabaran kawasan pesisir di Malaysia.

Disediakan: PKPO

profile penyelidikan
oacp