Berita&Aktiviti

PROGRAM LAWATAN KERJA RASMI YB DATO SRI MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) KE NAHRIM. 11 FEBRUARI 2016.

Berita&Aktiviti

YB Dato Sri Menteri diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah NAHRIM.

Pada tanggal 11 Februari 2016, NAHRIM telah menerima lawatan kerja rasmi oleh YB Dato Sri Dr. Hj. Wan Junaidi b. Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Turut bersama-sama delegasi lawatan ini ialah YB Datuk Ir. Hj. Hamim b. Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan Pn. Azizah bt. Ariffin, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Delegasi ini telah disambut oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin b. Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM bersama-sama YBrs. Dr. Saim b. Suratman, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM dan Pengarah Pusat Kajian.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat korporat NAHRIM yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah NAHRIM dan diikuti sesi soal jawab dan perbincangan ringkas mengenai pencapaian dan perancangan prospek masa hadapan NAHRIM.

Program lawatan ini diteruskan dengan upacara perasmian Inkubator Sistem Penuaian dan Pembotolan Air Hujan (I-SPAH) untuk tujuan air minuman dan pemodelan fizikal Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Sarawak di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI).

Screenshot 200

Screenshot 201

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp