Berita&Aktiviti

Penyelidikan Kehadiran Mikroorganisma Rintang Antimikrobial di dalam Sumber Air di Malaysia

Berita&Aktiviti

Kerintangan antimikrobial (AMR) merupakan satu isu yang kompleks yang memudaratkan tidak sahaja kepada hidupan, malah menjejaskan ekonomi dan keselamatan secara global. Alam sekitar, terutamanya sumber air adalah antara faktor utama dalam penyebaran AMR. Pencemaran dari sisa industri farmaseutikal, penggunaan racun perosak mengaruhi peningkatan kes jangkitan berkaitan AMR. Menggunakan konsep ‘one health’, hubungkait di antara manusia, haiwan dan alam sekitar dapat dilihat secara komprehensif. Penyelidikan yang telah dijalankan oleh makmal adalah untuk melihat kehadiran bakteria Escherichia coli yang rintang terhadap antibiotik beta lactamase (ESBL E. coli) di dalam sumber air di sekitar Sungai Langat, Malaysia. Melalui survelan yang dijalankan ESBL E. coli dapat dikesan di 56 daripada 64 kawasan persampelan. Penjujukan genom menunjukkan hubungkait di antara pencilan alam sekitar, manusia dan haiwan. Selain itu, daripada analisis genom yang dijalankan menunjukkan kehadiran pelbagai gen rintang kepada antibiotik bagi setiap pencilan iaitu gen OXA dan gen MRC-1. Daripada kajian ini dapat dilihat kehadiran ESBL E. coli di dalam sumber air di Malaysia dan saling kaitan dengan manusia dan haiwan.

profile penyelidikan
oacp