Penyelidikan dijalankan di dua buah lembangan sungai iaitu di lembangan Sungai Kelantan, Kelantan dan di lembangan Sungai Langat, Selangor bagi menilai kadar sebenar perlepasan mikroplastik (MP) di sepanjang jajaran sungai dan juga di muara sungai. Sampel air permukaan diambil untuk analisis mikroplastik yang dikumpul dengan menggunakan jaring neuston (mesh 320 um) oleh bot tunda seperti yang diterangkan dalam protokol pensampelan standard GESAMP & MERI dan garis panduan analisis untuk MP dengan sedikit pengubahsuaian pada metodologi. Secara ringkasnya, jarak untuk setiap tapak persampelan adalah dalam lingkungan 1–3 km bergantung kepada kedalaman air (iaitu kedalaman dari permukaan air sedalam 1–2 meter) dan kemudahan bagi kebolehcapaian persampelan. Parameter fiziko-kimia yang berkaitan dengan kajian MP akan diukur dan digunakan sebagai data sokongan. Kepekatan MP akan dinyatakan sebagai unit item MPs/m.

