Berita&Aktiviti

NAHRIM RAKAN STRATEGIK DALAM MENYEMARAKKAN BUDAYA STEM MELALUI CABARAN SAINS KEBANGSAAN 2026 5 & 7 SEPTEMBER 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM RAKAN STRATEGIK DALAM MENYEMARAKKAN BUDAYA STEM MELALUI CABARAN SAINS KEBANGSAAN 2026

Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) terus memperkukuh komitmen dalam menyokong agenda pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui penglibatan sebagai rakan strategik Cabaran Sains Kebangsaan (National Science Challenge – NSC) 2026, anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM). Bertemakan “Memantapkan Asas Sains Untuk Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Inklusif”, NSC 2026 mencatatkan penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjurannya dengan melibatkan 56,013 pelajar daripada 1,166 sekolah di seluruh Malaysia. Komitmen NAHRIM turut dizahirkan melalui pembangunan cabaran saintifik oleh kumpulan pakar NAHRIM, yang mengetengahkan kepentingan sains dan inovasi dalam mendepani isu kelestarian sumber air serta pembangunan masa depan yang berdaya tahan dan inklusif.

Kehadiran NAHRIM dalam Majlis Penutup Peringkat Separuh Akhir NSC 2026 pada 5 September 2026 dan Majlis Penyampaian Piala Pusingan YAB Perdana Menteri Peringkat Akhir NSC 2026 pada 7 September 2026 di NIH Ballroom, Setia Alam, mencerminkan sokongan berterusan NAHRIM terhadap usaha ASM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam memperkasa pendidikan STEM. Penglibatan ini bukan sahaja menjadi wadah untuk mendekatkan generasi muda dengan bidang sains dan penyelidikan, malah memperlihatkan peranan NAHRIM dalam membudayakan pemikiran saintifik, kreativiti dan inovasi sebagai asas pembentukan generasi masa hadapan yang berilmu, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi.

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera