Berita&Aktiviti

NAHRIM LAKSANA PERBINCANGAN TEKNIKAL DAN LAWATAN TAPAK KAJIAN BANJIR DI PERLIS – 15 JANUARI 2026

Berita&Aktiviti

NAHRIM LAKSANA PERBINCANGAN TEKNIKAL DAN LAWATAN TAPAK KAJIAN BANJIR DI PERLIS – 15 JANUARI 2026

KANGAR | 15 Januari 2026, Pasukan NAHRIM telah mengadakan sesi perbincangan teknikal dan lawatan tapak bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perlis bagi pelaksanaan Kajian Pengenalpastian Punca dan Penyelesaian Banjir di Negeri Perlis.

Sesi ini memfokuskan kepada perbincangan data dan skop forensik bagi mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai isu serta punca banjir di kawasan kritikal. Perbincangan turut melibatkan semakan ketersediaan data hidrologi, hidraulik, dan infrastruktur banjir sedia ada bagi menyokong kajian ini.

Delegasi NAHRIM yang diketuai oleh Ir. Marini binti Mohamad Ideris turut turun ke lapangan bagi meninjau situasi sebenar di lokasi kejadian banjir, merangkumi kawasan Kampung Bakau, Tebing Tinggi, dan Kampung Titi Besi.

NAHRIM komited memberikan input teknikal bagi memastikan penyelesaian masalah banjir dapat dirangka dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat negeri ini.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

profile penyelidikan
oacp