Mesyuarat dan taklimat pengenalan Sistem AIR3S antara Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan National Artificial Intelligence Office (NAIO) telah diadakan pada 1 April 2026 di Bilik Mesyuarat NAIO, Menara MoF Inc. Sesi libat urus strategik ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Al Hafidz bin Yahya, Pengarah AI Innovation Exchange, NAIO. Delegasi NAHRIM telah diketuai oleh Dr. Mohd Aminur Rashid Mohd Amiruddin Arumugam, pegawai kanan Pusat Kajian Lembangan Sungai (PKLS) serta Puan Harlisa yang mewakili Bahagian Pengurusan Maklumat NAHRIM. Perbincangan tertumpu kepada potensi integrasi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Sistem AIR3S bagi memperkukuh aspek pengurusan, analitik dan penyelidikan sumber air negara secara lebih pintar dan berkesan. Kerjasama strategik ini dijangka dapat memperkasakan inovasi serta menyokong kelestarian pengurusan sumber air negara.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


