Mesyuarat Penyelarasan Cadangan Pembinaan NAHRIM Environment Dredging System (NEDS) di Negeri Pahang telah diadakan pada 9 April 2026 bertempat di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah BKSA Pahang, Tuan Norhazly bin Nion, dan turut dihadiri oleh barisan pegawai kanan BKSA serta wakil PAIP, dengan sesi taklimat utama disampaikan oleh wakil NAHRIM, Dr. Mohd Aminur Rashid Mohd Amiruddin Arumugam. Taklimat tersebut memfokuskan kepada pelaksanaan kajian penyelesaian berasaskan alam semula jadi (Nature-Based Solutions) menggunakan sistem NEDS bagi mengurangkan risiko banjir dan memastikan keterjaminan sumber air di negeri tersebut. Sistem inovatif berkonsepkan pengorekan mesra alam dan separa automatik ini sangat efisien kerana mampu merawat kualiti air dari Kelas 3 kepada Kelas 2, disamping berupaya memproses sisa endapan kepada empat produk hiliran. Bagi merealisasikan projek ini, pihak NAHRIM telah mengemukakan dua cadangan lokasi tapak di TSST Cameron Highlands (Empangan Hulu Jelai) dan Water Intake Pekan, Pahang.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


