Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Teknikal 3 (JKT 3): Pendidikan dan Kesedaran bagi Jawatankuasa Kerja Bahan Cemar Baharu (JKKBCB) Bil. 1/2026 secara dalam talian pada 28 Ogos 2026. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Noor Hisham bin Abd Ghani, Pengarah Makmal Kualiti Air NAHRIM. Mesyuarat ini diadakan bagi merancang, mengemas kini serta berkongsi perkembangan gerak kerja berkaitan program pendidikan dan kesedaran mengenai bahan cemar baharu, selaras dengan strategi yang telah digariskan melalui Bengkel JKKBCB 2025.
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan wakil daripada pelbagai agensi dan institusi, termasuk NAHRIM, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Badan Kawal Selia Air serta wakil institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Penglibatan pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh strategi pendidikan dan kesedaran awam, di samping menyokong perancangan serta pelaksanaan inisiatif berkaitan isu bahan cemar baharu di Malaysia.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia