1 Disember 2025 | Mesyuarat 5.3.2 NAHRIM | 8.30 pagi
Mesyuarat penyelarasan mingguan ini melibatkan Pengurusan NAHRIM, dipengerusikan oleh Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan E.M Yahaya , menanggung tugas Ketua Pengarah NAHRIM setiap pagi Isnin bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan aktiviti R&D serta sokongan teknikal berjalan selaras, teratur dan berimpak kepada negara.
Dipandu nilai MADANI Bekerja, mesyuarat ini meneguhkan komitmen NAHRIM untuk memperkasa penyelidikan air negara, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, dan memastikan setiap inisiatif yang digerakkan akhirnya memberi manfaat terus kepada rakyat, khususnya dalam aspek keselamatan, kelestarian sumber air dan kesejahteraan komuniti.
NAHRIM terus melangkah ke hadapan sebagai institusi rujukan yang bekerja dengan hati, berasaskan data, dan berteraskan amanah demi Malaysia MADANI.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia
#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir











