27 NOVEMBER 2025 | BENGKEL HALA TUJU STRATEGIK PENDIGITALAN NAHRIM 2026–2030 telah diadakan di Putrajaya yang dikoordinasi oleh Bahagian Pengurusan Maklumat sebagai platform utama bagi merangka hala tuju pendigitalan organisasi untuk tempoh lima tahun akan datang (2026-2030).
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Digital (CDO) NAHRIM, Ts. Dr. Mohammad Fikry bin Abdullah dan diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat (Tanggung Kerja), Ts. Harlisa binti Zulkifli dengan penglibatan dan komitmen oleh Ahli Jawatankuasa Kerja Pelan Strategik Pendigitalan NAHRIM 2026-2030. Program ini turut mendapat sokongan strategik daripada penyelidik Universiti Teknologi Malaysia serta rakan industri, ABR Setia Holding.
Sesi bengkel tertumpu kepada sesi perbincangan berkumpulan melibatkan teras strategik, strategi, program dan pelan tindakan pendigitalan, yang memberi tumpuan kepada pendigitalan NAHRIM sebagai hab air serantau, pengukuhan tadbir urus digital, pengurusan data, pemerkasaan sistem teras serta pemerkasaan modal insan digital.
Kemuncak program adalah sesi pembentangan Hala Tuju Strategik ICT kepada Pengurusan Tertinggi NAHRIM, yang membentangkan dapatan keseluruhan bengkel merangkumi:
- Bisnes, Aplikasi dan Data.
- Tadbir Urus dan Keupayaan Digital.
- Infostruktur dan Infrastruktur.
Bengkel ini memberi penekanan terhadap kepentingan pendigitalan sebagai pemacu transformasi organisasi berasaskan data, seiring aspirasi NAHRIM untuk mengukuhkan peranannya sebagai hab penyelidikan air dan persekitaran di peringkat serantau yang menandakan kejayaan satu lagi langkah strategik NAHRIM dalam memperkukuh landskap pendigitalan organisasi bagi tempoh 2026 hingga 2030.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia













