Majlis Pembentangan Dapatan Projek Kajian Peningkatan Rizab Bekalan Sumber Air Mentah (Air Tanah) NAHRIM telah diadakan pada 30 September 2025 di Hotel Le Meridien, Petaling Jaya, Selangor. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Ketua Pengarah NAHRIM; bersama pengarah PKH NAHRIM dan pegawai BSA PETRA. Program ini telah menghimpunkan pelbagai wakil kementerian, agensi persekutuan dan negeri, bahagian/unit perancangan ekonomi negeri, syarikat air negeri, universiti serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan dapatan kajian berhubung kaedah Managed Aquifer Recharge (MAR) sebagai pendekatan strategik meningkatkan rizab air tanah negara, seiring dengan AIR2040 dan aspirasi Malaysia MADANI. Pembentangan teknikal kajian air tanah NAHRIM telah disampaikan oleh para pegawai penyelidik, manakala pembentangan korporat oleh pengarah Bahagian Perancangan Korporat NAHRIM. Selanjutnya Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Nasehir Khan bin E. M. Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM.
MAJLIS PEMBENTANGAN DAPATAN PROJEK KAJIAN PENINGKATAN RIZAB BEKALAN SUMBER AIR MENTAH (AIR TANAH) NAHRIM
Berita&Aktiviti








