Berita&Aktiviti

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PUSPANITA NAHRIM – 13 MAC 2026

Berita&Aktiviti

13 MAC 2026 | MAJLIS KHATAM AL-QURAN PUSPANITA NAHRIM

Bersempena dengan penghujung minggu yang penuh barakah, Puspanita Nahrim telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang bertempat di Surau Al-Firdaus, NAHRIM. Majlis yang berlangsung dari jam 9:00 hingga 11:00 pagi ini telah dihadiri oleh ahli-ahli PUSPANITA dalam suasana yang penuh khusyuk dan mahabbah.

Selain melengkapkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara berjemaah, majlis ini bertujuan untuk memperkukuh nilai kerohanian serta mengeratkan ukhuwah (tali persaudaraan) dalam kalangan warga wanita NAHRIM. Kehadiran ahli yang lengkap berbusana sopan serta hiasan tradisi bunga telur menyerikan lagi majlis ilmu ini.

Semoga usaha murni ini mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi pemangkin kepada budaya mencintai Al-Quran dalam kehidupan seharian serta persekitaran kerja yang lebih harmoni.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera