Makmal Kualiti Air NAHRIM menjalankan analisis mikroplastik dalam sampel air sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan dan penyelidikan kualiti air.
Analisis ini melibatkan beberapa peringkat utama iaitu persampelan air, proses pecahan penurasan, pencernaan bagi menyingkirkan bahan organik serta pemerhatian dan pengiraan partikel mikroplastik menggunakan kaedah mikroskopik.
Bagi tujuan pengenalpastian jenis polimer mikroplastik dengan lebih tepat, analisis lanjutan dijalankan menggunakan teknik Pyrolysis–Gas Chromatography–Mass Spectrometry (Py-GCMS). Kaedah ini membolehkan penguraian termal sampel diikuti pemisahan dan pengesanan komponen kimia, seterusnya mengenal pasti jenis polimer seperti polyethylene (PE), polypropylene (PP), polystyrene (PS) dan polyethylene terephthalate (PET).
Pelaksanaan analisis ini menyokong usaha NAHRIM dalam memperkukuh pemantauan pencemaran mikroplastik di persekitaran air serta menyediakan data saintifik yang penting bagi penyelidikan, pengurusan dan perlindungan sumber air negara.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia