Berita&Aktiviti

LAWATAN TEKNIKAL NAHRIM KE TAMAN NEGARA PULAU PINANG, 23 FEBRUARI 2014.

Berita&Aktiviti

Kawasan sekitar Pantai Kerachut di mana terdapat aliran masuk air laut.

23 Februari 2014 – Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, dengan disertai oleh Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi serta pegawai-pegawai dari Bahagian Perancangan Korporat, telah mengadakan lawatan ke Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat keadaan sekitar Pantai Kerachut dan membuat pemerhatian dan penilaian awalan terhadap corak pengerakan ombak dan arus di sekitar pantai tersebut yang dikatakan berbahaya untuk aktiviti air. Penilaian awalan mengambilkira pelbagai aspek seperti pasang surut laut, arah angin, pergerakan arus dan kemungkinan faktor-faktor lain seperti ombak terhasil dari pergerakan kapal besar. Hasil penilaian dijangka menyumbang kepada panduan bagi mengurangkan risiko bahaya aktiviti air kepada pengunjung . Antara kawasan lain yang sempat dilawati adalah Tasik Meromiktik yang mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatan. Turut mengiringi lawatan adalah En. Mohd. Fuad Dahlan, Penolong Pegawai Hidupan Liar dari Taman Negara Pulau Pinang.

Keracut2

Pandangan sekitar Pantai Kerachut yang menjadi tumpuan pelancong.

Keracut3

Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban (2 dari kiri) bersama pegawai-pegawai NAHRIM dan pegawai Taman Negara Pulau Pinang, En. Mohd Fuad Dahlan (2 dari kanan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

profile penyelidikan
oacp