Pembentangan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NARHIM.
13 Februari 2014 – NAHRIM menerima kunjungan Professor Dr. Chien-Heng Chou, dari Vanung Universiti, Taiwan pada 13 Februari 2014. Dr. Chou telah disambut oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM, Pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai NAHRIM. Dr. Chou dalam misi kerjasama penyelidikan bagi menghasilkan prototaip penjana tenaga elektrik daripada ombak hasil ciptaannya.
Lawatan dimulakan dengan sedikit ucapan alu-aluan dan diikuti oleh pembentangan taklimat korporat oleh Ketua Pengarah NAHRIM. Dr. Chou turut memberikan sedikit taklimat tentang penyelidikan beliau berkaitan sumber tenaga boleh diperbaharui yang dijana daripada ombak. Lawatan diteruskan dengan sedikit perbincangan mengenai ciptaan Dr. Chou, diikuti pertukaran cenderahati dan sesi bergambar.
Pembentangan oleh Prof. Dr. Chou Chien-Heng, Vanung Universiti, Taiwan.