NAHRIM sangat berbesar hati menerima kunjungan daripada Unit Perancang Ekonomi – Laman Rasmi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 29 September 2020. Lawatan ini telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektoral, YBrs. En. Azhar Noraini disertai oleh pegawai-pegawai EPU. Delegasi EPU telah dibawa melawat fasiliti yang terdapat di NAHRIM iaitu Constructed Treatment Wetland, Green House, Rain Garden & STP, Inkubator Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH), Makmal Hidraulik dan Instrumentasi – MHI serta Makmal Kualiti Air (MKA). Harapan di pihak NAHRIM agar majlis seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara NAHRIM dan EPU bagi memastikan usaha NAHRIM untuk menjadi Pusat Rujukan Penyelidikan Air dan Persekitaran dapat memberi manfaat dan kesan yang menyeluruh kepada rakyat dan negara. Sekalung penghargaan dan setinggi terima kasih diucapkan!