Makmal Kualiti Air, NAHRIM (MKA) terus memperkukuh keupayaan analisis makmal melalui sesi latihan dan pentauliahan instrumen Automated Solid Phase Extraction (SPE). Sesi ini meningkatkan kemahiran staf dalam pengoperasian instrumen bagi menyokong analisis bahan cemar baharu, khususnya Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAHs) dalam sampel air. Teknologi Automated SPE membantu menjadikan proses penyediaan sampel lebih cekap, sistematik dan konsisten, sekali gus memperkukuh keupayaan MKA dalam menyokong pemantauan dan pengurusan kualiti sumber air.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


