Sesi Pembentangan Kemajuan Kajian Kesesuaian Kaedah Penyahgaraman Air Laut bagi Kawasan Pulau Redang dan Pulau Tioman telah berlangsung pada 11 September 2026. Kajian di bawah Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMKe-13) ini dilaksanakan oleh Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (TKP), YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari Hj. Mat Desa.
Pasukan penyelidik terdiri daripada gabungan pakar Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tun Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pembentangan dimulakan oleh Prof. Madya Dr. Effi Helmy Ariffin (UMT) bagi projek di Pulau Redang, diikuti oleh Prof. Madya Dr. Ts. Muhammad Zahir Ramli (UIAM) yang membentangkan dapatan kajian di Pulau Tioman. Antara aspek utama yang dibincangkan merangkumi penetapan lokasi loji penyahgaraman, kawasan pelepasan brine dan hasil survei komuniti setempat di kedua-dua pulau tersebut.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia








