7 Januari 2026 | Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menerima kunjungan hormat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din, Pengerusi SPAN.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara agensi di bawah PETRA yang terlibat dalam industri air. Hasil perbincangan yang telah dijalankan diharap dapat mencambah idea-idea baru dan memperkasakan penyelidikan untuk menyokong perkhidmatan air negara serta industri secara keseluruhan. Delegasi SPAN turut dibawa melawat dan diberikan taklimat di Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI).
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Airi
#NAHRIM #RainwaterHarvesting #WaterInnovation #SustainableWater #InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia







