KENYATAAN TAWARAN: NAHRIM/SH/02/2025
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHAWA DINGIN SECARA BERKALA BAGI TEMPOH 12 BULAN SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
Pembekal adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dalam kod bidang yang berkaitan dan kriteria berkaitan seperti berikut:
KETERANGAN TAWARAN : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM PENGHAWA DINGIN SECARA BERKALA BAGI TEMPOH 12 BULAN SERTA KERJA-KERJA LAIN YANG BERKAITAN DI INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA (NAHRIM)
1. Sebut Harga adalah dipelawa kepada Kontraktor tempatan/daerah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (LPIPM) (CIDB) di bawah Gred G2 (Negeri Selangor sahaja) dengan pengkhususan M01 (Sistem Hawa Dingin dan Pengedaran Udara) serta mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK).
2. Dokumen tawaran sebut harga akan diemelkan selepas taklimat dan lawatan tapak pada 15 April 2025. Dokumen tawaran sebut harga akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor sah sahaja.
3. Taklimat dan Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 15 April 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat berkumpul : Mini Auditorium NAHRIM, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
4. Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan, Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) (CIDB) yang boleh menghadiri lawatan tapak dan taklimat sebut harga dan tidak boleh mewakilkan pegawai lain. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini dikehendaki membawa Kad Pengenalan dan Salinan Sijil Akuan Pendaftaran yang berkaitan semasa taklimat dan lawatan tapak.
5. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai seperti berikut:
a) Pertanyaan Teknikal
Nama : Encik Mohd Rizwandy bin Saleh
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6412
Emel : rizwandy@nahrim.gov.my
b) Pertanyaan Tawaran
Nama : Puan Natrah binti Senin
No. telefon : 03-8947 6400 samb. 6493
Emel : natrah@nahrim.gov.my
6. Pegawai yang menandatangani Borang Sebut Harga hendaklah Pegawai Syarikat Yang Ditauliahkan seperti yang dinyatakan dalam Sijil Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
7. Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Bahagian Khidmat Pengurusan, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Lot 5377, Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan SEBELUM ATAU PADA 22 APRIL 2025 (SELASA) TIDAK LEWAT 12.00 TENGAHARI dan sebarang dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
8. Sila ambil maklum bahawa NAHRIM tidak semestinya menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga dan mempunyai hak untuk menerima sebut harga ini keseluruhannya atau mana-mana bahagian daripadanya jika perlu.