Berita&Aktiviti

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PELAN PENGURUSAN TAMAN NEGARA BAKO – 17 SEHINGGA 19 OGOS 2026

Berita&Aktiviti

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PELAN PENGURUSAN TAMAN NEGARA BAKO

Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO), NAHRIM diwakili oleh Ts. Noor Shahida Rosli telah menghadiri Bengkel Penambahbaikan Pelan Pengurusan Taman Negara Bako bagi Penyediaan Rangka Kerja Pemantauan Skop Oseanografi anjuran Sarawak Forestry Corporation (SFC) bertempat di Raia Hotel & Convention Center, Kuching pada 17-19 Ogos 2026.

Bengkel yang berlangsung salama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan menjadi ruang bagi pertukaran maklumat antara agensi/organisasi dan pemegang taruh yang berkepentingan bagi Taman Negara Bako. Input yang diterima diperlukan untuk menambah baik kaedah pengurusan kawasan marin sekitar Taman Negara Bako seperti yang termaktub dalam Pelan Pengurusan Taman Negara Bako.

Sepanjang bengkel berlangsung, NAHRIM telah berkongsi maklumat berkaitan dapatan cerapan data oseanografi di perairan Talang-talang yang dilaksanakan sejak tahun 2024 dengan kerjasama SFC, kajian hidrodinamik di kawasan paya bakau serta penyelidikan kenaikan aras laut.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air

#NAHRIM

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera