Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN KETUA PENGARAH NAHRIM SEBAGAI AHLI PANEL DALAM THE 3RD NETWORKING FORUM ON DISASTER MANAGEMENT DI LESTARI, UKM – 17 NOVEMBER 2026

Berita&Aktiviti

PENGLIBATAN KETUA PENGARAH NAHRIM SEBAGAI AHLI PANEL DALAM THE 3RD NETWORKING FORUM ON DISASTER MANAGEMENT DI LESTARI, UKM

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), YBrs. Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa, telah dijemput sebagai ahli panel dalam program The 3rd Networking Forum on Disaster Management bertemakan “Digital Transformation: Connecting Disaster Risk Management, Urban Planning and Geospatial Technologies” yang berlangsung pada hari ini di Main Lecture Room, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Forum berprestij ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Universiti Sains Malaysia (USM), UKM, Universiti Malaya (UM), dan Persatuan Geografi Malaysia (GeogMalaysia) di bawah projek DIGIHAZ tajaan geran European Union (SCOPE-HE)

Dalam sesi forum yang bertajuk “Digital Transformation and Disaster Management”, YBrs. Ketua Pengarah telah berkongsi perspektif strategik serta kepakaran beliau dalam pembangunan teknologi geospatial dan aplikasi penyelidikan hidrologi dan hidrodinamik. Perbincangan panel menumpukan kepada pengukuhan pendekatan bersepadu dalam pengurusan risiko bencana, perancangan bandar pintar, serta pemanfaatan inovasi transformasi digital bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan daya tahan komuniti terhadap bencana alam berkaitan air. Perbincangan turut berkisar tentang peranan agensi dalam pengurusan bencana, pembangunan bandar berdaya tahan, cabaran yang dihadapi dan ruang penambahbaikan yang boleh diterokai.

Secara keseluruhannya, penyertaan NAHRIM dalam forum jaringan antarabangsa ini memperkukuh sinergi strategik antara agensi penyelidikan kerajaan dengan institusi pengajian tinggi tempatan mahupun antarabangsa. Perkongsian ilmu berasaskan data dan teknologi geospatial ini amat penting dalam memacu pembangunan bandar yang berdaya tahan serta menyokong agenda pengurangan risiko bencana negara secara holistik dan mampan.

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#PenerajuPenyelidikanAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#MADANIBekerja

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#NAHRIMBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera