Berita&Aktiviti

SESI PENGUJIAN MODUL PEMBELAJARAN KERINTANGAN ANTIMIKROB BAGI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI – 10 OKTOBER 2026

Berita&Aktiviti

SESI PENGUJIAN MODUL PEMBELAJARAN KERINTANGAN ANTIMIKROB BAGI PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Satu Sesi Pengujian Modul Pembelajaran Kerintangan Antimikrob (AMR) bagi Pelajar Institusi Pengajian Tinggi telah diadakan bagi menilai keberkesanan, ketepatan, serta interaktiviti modul pembelajaran baharu yang dibangunkan oleh Malaysia One Health University Network (MyOHUN) ini. NAHRIM turut menyumbang idea dan kepakaran dalam pembangunan modul tersebut.

Inisiatif ini adalah untuk membantu mahasiswa memahami konsep AMR melalui pendekatan One Health (Kesihatan Sedunia) yang merangkumi kesihatan manusia, haiwan, dan persekitaran serta melengkapkan pelajar dengan pengetahuan kritikal mengenai penggunaan antibiotik secara berhemah serta bahaya penyalahgunaannya dalam kehidupan harian. Sesi pengujian ini memberi ruang kepada para pelajar untuk menguji modul dan memberikan pandangan konstruktif demi penambahbaikan kandungan pendidikan yang lebih efektif dan dekat dengan jiwa belia.

#KerintanganAntimikrob #AMR #OneHealth #MyOHUN

#MakmalKualitiAir

#ISO17025

#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia

#KementerianPeralihanTenagadanTransformasiAir

#KetuaPengarahNAHRIM

#NAHRIM

#PETRA

#MalaysiaMADANI

#EkonomiMADANI

#RancakkanMADANI

#BersamaMalaysiaku

#MADANIBekerja

#PenyelidikanDiperkasa

#RakyatSejahtera