Delegasi NAHRIM yang diketuai oleh En. Noor Hisham Abd Ghani iaitu Pengarah Makmal Kualiti Air telah menghadiri Mesyuarat Perkongsian Penyelidikan: Penetapan Piawaian Pelepasan Air Sisa bagi Aktiviti Pertanian bersama Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di pejabat LUAS pada 9 Oktober 2026. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Haslina binti Amer, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai dan Pantai. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk berkongsi maklumat, dapatan penyelidikan dan kepakaran teknikal berkaitan penetapan piawaian pelepasan air sisa bagi aktiviti pertanian. Perbincangan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan menyelaraskan pendekatan dalam penetapan piawaian dan potensi penguatkuasaan bagi mengawal pencemaran daripada aktiviti pertanian.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia


