Sesi Libat Urus bagi Penerbitan Buku Panduan Pembangunan Pelan Pelaksanaan Total Maximum Daily Load (TMDL) di Malaysia telah diadakan pada 7 Oktober 2026 bertempat di Dorsett Putrajaya, anjuran Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan, input dan persetujuan daripada pihak berkepentingan bagi memastikan buku panduan ini dapat dijadikan rujukan dalam perancangan dan pelaksanaan TMDL di Malaysia. NAHRIM turut memainkan peranan dalam penerbitan ini sebagai salah satu ahli Jawatankuasa Editorial.
Pendekatan TMDL merupakan kaedah pengurusan beban pencemar secara bersepadu yang mengambil kira kapasiti tampungan badan air bagi memelihara kualiti air sungai. Penerbitan buku panduan ini diharap dapat menyeragamkan pendekatan serta meningkatkan pemahaman pihak berkepentingan dalam pembangunan pelan pelaksanaan TMDL di Malaysia.
#ISO/IEC17025:2017
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia










