YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM , Ir Lee Hin Lee, Pengarah Kualiti Air dan Alam Sekitar dan En. Roskhamdi bin Kamaluddin, selaku Pengurus Kualiti Air, SYABAS
5 April 2013 – NAHRIM telah menerima lawatan delegasi seramai 18 orang dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS). Lawatan ini diketuai oleh En. Roskhamdi bin Kamaluddin, selaku Pengurus Kualiti Air, SYABAS telah disambut oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM bersama-sama Pengarah Pusat Kajian dan pegawai-pegawai kanan.
Program lawatan dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM diikuti dengan pembentangan dari pegawai SYABAS berkaitan fungsi dan tanggungjawab SYABAS serta program kesedaran kualiti air yang sedang dijalankan pihak SYABAS.
Program lawatan diteruskan dengan lawatan ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi. Satu engagement session antara pihak SYABAS dengan pengarah pusat kajian dan pegawai-pegawai kanan NAHRIM yang dipengerusi oleh Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar telah diadakan pada akhir majlis lawatan bagi tujuan membincangkan kemungkinan potensi kerjasama antara kedua-dua organisasi melalui kajian pemodelan fizikal.
Ucapan kata-kata aluan oleh YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM
Pembentangan dari pegawai SYABAS
Lawatan ke Makmal Hidraulik dan Instrumentasi