15 Disember 2025 – Telah berlangsung Webinar bertajuk Managed Aquifer Recharge yang disampaikan oleh P.Geol Dr Mohd Khairul Nizar Bin Shamsuddin, Pegawai Penyelidik dari Pusat Kajian Hidrogeologi NAHRIM anjuran oleh Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) secara atas talian dan dihadiri oleh seramai 76 peserta terdiri dari pelajar, staf UTHM dan Komuniti serta Moderator bagi program ini ialah Ts Dr. Sabariah Musa. Antara objektif Managed Aquifer Recharge (MAR) di dalam program ini adalah untuk:
1. Meningkatkan simpanan air bawah tanah-
Menambah rizab akuifer bagi kegunaan semasa musim kering atau kecemasan.
2. Menjamin keselamatan bekalan air-
Menyediakan sumber air alternatif yang lebih stabil dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim dan kemarau.
3. Mengawal dan mencegah kemasukan air masin (saltwater intrusion)-
Bertindak sebagai penghalang hidraulik di kawasan pantai bagi melindungi kualiti air bawah tanah.
4. Memperbaiki kualiti air bawah tanah-
Proses penapisan semula jadi dalam akuifer membantu mengurangkan bahan pencemar tertentu.
5. Mengurangkan limpahan dan pembaziran air permukaan-
Mengoptimumkan penggunaan air lebihan seperti air hujan, air sungai semasa banjir, atau air terawat.
6. Menyokong pengurusan sumber air secara lestari
Mengimbangi kadar pengambilan dan kadar pengecasan semula akuifer.
#InstitutPenyelidikanAirKebangsaanMalaysia





